7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Sampai 2 Hari. Suri Rumah Wajib Baca Dan Sebarkan Ini..

Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang meskipun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya?

Dengan 7 tips masak nasi ini, Anda juga dapat menghindari nasi yang dimasak dari cepat basi. Berikut adalah tips masak nasi yang boleh diamalkan agar tahan lebih lama.

1. BASUH HINGGA BERSIH
Beberapa orang kata, jangan cuci nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Namun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras keluar sepenuhnya sebelum mencuci lagi buat kali kedua atau ketiga.

Selain itu, Anda boleh juga membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis air jika ada di rumah.

2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamnya, mungkin ada bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini dapat mempengaruhi fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.

Jadi, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah diukur dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.Bahkan, ia membuat nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

4. HILANGKAN WAP NASI SETELAH DIMASAK
Bila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja tombol ‘cook’ berubah menjadi ‘warm’. Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar dari periuk nasi. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup kembali nasi tadi, lap penutupnya dengan kain bersih.

Cara masak nasi ini bukan saja menjadi tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Hal lain, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ jika nasi tidak dimakan dalam waktu dekat.

5. MASUKKAN SEDIKIT GARAM
Setelah mencuci beras dan menyukat air, masukkan sedikit garam ke dalam periuk nasi tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang dimasak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita lupa ada nasi dalam periuk nasi sebelum balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Meskipun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi setelah itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus membuat nasi yang dimasak tahan lebih lama. Kesannya, tips masak nasi turun-temurun ini memang efektif dan nasi yang dimasak takkan basi meskipun dah 2 hari.

7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin memiliki fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isi air di dalam periuk nasi sampai penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh mmasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sampai mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tidak ada masalah lagi kalau anda lupa menyimpannya dalam peti ais.

Namun, ia juga tergantung pada faktor lain seperti suhu lingkungan, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.

Jika anda memiliki tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh banyak orang di luar sana.

Reply