Setiap Hari Dia Whatsapp Aku Cerita Masalah Isteri Dia. Lepas 6 Bulan, Apa Yg Dia Buat Memang TERUK !!!

Aku seorang wanita bujang, baru2 ni ada berkenalan dengan seorang lelaki anak 3, kasihan sebab ada isteri macam takda. Tiap2 malam dia mesej aku cerita pasal isteri dia, aku lah tempat dia meluahkan perasaan hingga aku simpati. Tapi lepas 6 bulan apa yang dia lakukan pada aku memang teruk…

Assalamualaikum warga KRT. Saya nak meluahkan perasaan yang saya alami dan meminta pendapat kalian semua. Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri dan 3 orang cahaya mata. Pada permulaannya saya terlalu kasihankan kisah hidupnya. Ada isteri tapi tak dilayan seperti seorang suami, dan mak dia pula seorang yang keras kepala dan bercakap kasar.

Saya kasihan/prihatin pada hidup dia kerana tak dapat kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang isteri dan mak. Dan semua perkara yang diceritakan itu adalah benar kerana saya sendiri yang pastikan perkara itu. Setiap malam dan setiap waktu dia wassap/call saya. Bini dia dekat tingkat atas tido seawal jam 9 pm. Setiap hari pun begitu. Bayangkan la perasaan seorang suami. Sehingga berbulan lamanya, saya la jadi peneman dan pendengar yang setia dan timbul perasaan sayang.

Untuk pengetahuan, saya tinggal di Terengganu dan dia di KL bersama anak isteri. Kami berjumpa hanya 1 bulan 1x. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkahwin kerana tak suka lagi tinggal berjauhan dan dia mahu saya sentiasa ada disisi sebagai seorang isteri tanpa pengetahuan isteri dan anak² beliau.

Selepas 2 bulan kami berkahwin, akhirnya dia nekad untuk cerita pada isteri dia yang dia telah pun berkahwin lagi 1. Bini dia marah dan mengawal segala tindak tanduk suami serta meminta dia untuk menceraikan saya. Sedangkan masa itu saya masih lagi di Terengganu. Tapi dia nekad untuk pertahankan rumah tangga yang dibina kerana mencintai saya.

Kini, selepas 6 bulan perkahwinan yang kami bina bersama bakal musnah. Dia mula tidak berlaku adil, mengabaikan saya, memaki hamun saya, serta memukul saya. Dengan alasan tak ada lagi persefahaman dan tak ada perasaan lagi. Dia lupa selama ini disebabkan kehadiran saya la isteri dan mak dia telah berubah. Isteri dia mula melayan dia sebagai seorang suami, mula menyediakan air setiap pagi, mula berubah segalanya. Dan apabila dia melihat perubahan isteri dia, dia meminta saya berambus daripada kehidupan dia. Apabila saya persoalkan pada dia kenapa mintak saya pergi, apa kurangnya saya sebagai isteri selama ni ? Diam diamkan. Dia cuma jawab xda persefaham dan xda perasaan. Hina saya dia perlakukan sebegini. Saya hanya menitis air mata. Sedangkan saya xda kawan untuk diluahkan kerana tggl di KL. Saya xda tempat untuk mengadu. Dan yang lebih teruk dia suruh saya berambus daripada rumah yang saya tinggal sekarang kerana mengatakan saya tidak layak. Saya takot kalu suami saya kena ubat guna2 oleh madu saya tu hanya untuk melupakan saya. Malam ini saya akan duduk berbincang dengan suami untuk menanyakan adakah dia masih sayangkan perkahwinan yang dibina ini ? Tapi saya tak rasa dia masih mahu meneruskan kerana dia sendiri sudah buang saya dari kehidupan dia.

Sudah 3 minggu tidak menghubungi, whatsapp saya dia block. Dia sanggup guna no lain untuk communicate dengan madu saya tu. Sampai hati dia perlakukan saya seperti ni. Kalu dulu dia cukup² menyayangi saya, sekarang tak ubah seperti orang gaji.

Dia rasa nak balik dia balik pada saya, kalu x sehingga 5-6 hari xbalik. Makan pakai dia semua saya sediakan rapi. Tapi isteri dia jugak yang dia pandang. Dia tidak menghargai saya langsung. Perkataan “SAYANG” yang dipanggil selama ini jugak hilang. Yang ada cuma aku kau. Ya Allah saya tak sanggup lagi harungi semua ni. Tapi disebabkan sayang saya bertahan. Malam ini adalah penentuan segala². Saya mahukan jawapan daripada dia. Tolong la saya doakan saya kuat mengharungi semua ni 😭

Sumber:-KRT

Reply