Balik Dari Mekah. Mak PENGSAN Dlm Flight. Bila Sampai Airport Lebih MENGEJUTKAN Lagi !!!

Nama aku Azemi Ali . Tahun lepas aku bawa mak buat umrah. Walau berkerusi roda, mak sgt gembira. Dlm perjalanan balik ke Malaysia, mak pengsan dlm flight. Semua panik. Kapal hampir2 patah balik sblm ada doktor bgtau mak stabil. Sampai2 di airport adalah detik yg lebih mencemaskan lagi. Ambulan yg ditunggu dtg sgt lambat. Lebih teruk lagi bila mak tiba2 …..

Balik Dari Mekah. Mak PENGSAN Dlm Flight. Bila Sampai Airport Lebih MENGEJUTKAN Lagi !!! | Seperti diceritakan oleh FB Azemi Ali (LINK). Beberapa tahun lepas mak ada beritahu hajat untuk menunaikan umrah. Setelah beberapa tahun menyimpan akhirnya wang cukup untuk kami tunaikan ibadah umrah. Abang Mie, mak, isteri dan 3 orang anak. Kami berangkat ke tanah suci bulan 14 disember 2016.

Mak girang untuk tunaikan ibadah umrah kali ini. Usia mak sudah 77 tahun.

Sampai di Madinah, mak sangat bertenaga. Ke Masjid Nabawi dan sana sini ziarah dengan berjalan.

Sehari sebelum ke Mekah mak kata dia tak larat.

Di Mekah mak gunakan kerusi roda yang diwakafkan oleh seorang jemaah dari Singapura.

Ada kala mak sihat dan kami tolak kerusi roda ke Masjidil Haram. Mak sungguh ceria beribadah di masjid.

Ada kala mak kurang sihat dan solat di bilik hotel ditemani oleh Nadhirah.

Mak berpuashati dapat memandang kaabah cuma agak terkilan dan sayu tidak boleh memegang kaabah. Agak sukar untuk bawa wheelchair turun ke dataran kaabah yang sentiasa penuh. Tawaf kami hanya di tingkat atas.

Alhamdulillah ibadah umrah dapat dilaksanakan dengan baik.

Pernah sekali Abang Mie bawa mak ke klinik di Arab Saudi untuk dapat rawatan. Selepas itu mak beransur baik.

Akhirnya tiba masa untuk pulang.

Perjalanan balik sangat panjang, bermula dengan tawaf widak selamat tinggal selepas zohor hinggalah boarding kapal terbang sekitar jam 12 tengah malam.

Selama itulah mak berada atas kerusi roda. Kurang lebih 12 jam.

Letih kerjakan umrah jadi berganda dengan waktu lama menunggu kapal terbang.

Malam itu pesawat bertolak seperti biasa cuma agak lewat. Susunan penumpang pula agak kelam kabut tidak ikut famili.

Setelah tukar seat sesama sendiri akhirnya mak dapat duduk di sebelah isteri dan saya bersama seorang anak manakala dua lagi anak duduk bersebelahan.

Mak agak susah melelapkan mata. Dada rasa sesak. Pusing kiri kanan pun tak kena. Dia minta untuk baring di surau pesawat tetapi dilarang oleh pramugari.

Hampir 5 jam pesawat berlepas tiba-tiba Abang Mie dikejutkan dari tidur.

“Pergi tengok mak awak, dia pengsan” kata rakan sebelah.

Saya lihat mak terduduk di laluan seat. Saya hampiri mak dan cuba angkat mak, dia kata dadanya sakit.

Keadaan jadi agak cemas.

Ketua pramugara Saudi Air membuat pengumuman kecemasan dalam bahasa inggeris.

” Jika ada doktor dalam pesawat ini sila tampil untuk beri bantuan kecemasan” kurang lebih begitu translationnya. Seperti drama.

Seorang jururawat lelaki kenalkan diri. Rupanya dia rakan jemaah kami. Dia minta pramugari memberi oksigen kepada mak. Setelah 2-3 minit oksigen dari tangki kecil diberi, mak bangun dan berjalan ke surau pesawat.

Mak baring disitu.

Di surau, seorang doktor dari batu caves kenalkan diri. Ketua pramugara minta id dan pasport doktor untuk pengesahan.

Setelah disahkan identiti doktor, medical kit pesawat dibuka. Ada pelbagai ubat dan alat di dalamnya.

Dulu sewaktu perjalanan balik dari Frankfurt Abang Mie pernah lihat prosedur kecemasan sebegini di beri dalam pesawat untuk seorang anak kecil. Tak sangka kali ini giliran ibuku pula.

Malam tu pilot hampir berpatah balik dan membuat emergency landing. Mujur doktor yang memeriksa mak sahkan dia stabil, concious dan selamat untuk teruskan perjalanan.

Aku temani mak sepanjang 3 jam lagi penerbangan pulang. Perjalanan yang panjang. Berbaring di surau. Hanya kami berdua. Sesekali pramugari dan doktor datang menjengok.

Ada juga mata-mata serong yang menjeling kami.

Mak hanya boleh lelap setelah aku minta oksigen dari pramugari dan beri kepada mak.

Abang Mie juga menempah sebuah ambulan melalui Ketua Pramugara setiba sampai di KLIA. Nak bawa mak ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua pramugara berbangsa arab ini berulang kali nyatakan ambulan telah ditempah. Dia telah hubungi menara kawalan di KLIA. Lega rasanya dengar khabar ini.

Semasa nak landing, mak masih tak boleh bangun. Ketua pramugara benarkan mak baring. Abang Mie beri oksigen kepada mak sambil satu tangan meraba-raba memegang dinding pesawat. Tank oksigen pula dikepit dibawah peha supaya tidak melantun.

Semasa landing mak terjaga sebentar seperti tersentak sebelum tidur semula.

Pesawat mendarat jam 2 petang waktu Malaysia. Hati berbunga kerana selamat tiba dan lepas suasana cemas.

Clearance agak lambat, ambulan yang ditunggu lambat tiba. Isteri dan anak-anak keluar dulu dari pesawat ikut prosedur biasa.

Hampir sejam ambulan belum tiba. Oksigen pesawat sudah habis. Krew mula tinggalkan pesawat. Mak masih terbaring. Ground staff naik dan ambil alih tugas. Abang Mie rasa tak dapat tolong mak.

Masa itu Abang Mie hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Abang Mie rasa helpless tak dapat buat apa-apa untuk menolong mak.

Setelah agak lama menunggu ambulan pun tiba.

Paramedik tiba bersama pemandu ambulan.

“Makcik bangun kita nak balik Penang” kata pemandu ambulan.

Abang Mie senyum, driver ni masih sempat berjenaka di kala cemas ini.

Setelah 2 kali pemandu itu berkata perkara sama, baru Abang Mie tahu dia tak bergurau.

Rupanya ambulan ini nak ambil pesakit lain.

Mana ambulan yang yang kami tempah?

Tidak kunjung tiba.

Ambulan dari Klinik Menara KLIA yang ditempah tidak kunjung tiba.

Yang datang adalah Ambulan Puteri yang mahu ambil seorang jemaah yang patah kaki dan bawa ke Pulau Mutiara.

Jemaah ini telah keluar berkerusi roda ikut clearance imigresen biasa.

Setiap sesuatu ada sebabnya.

Allah SWT menolong mak dengan hantar ambulan lain untuk ambil mak. Jika tiada ambulan yang salah datang ini pasti mak lebih kritikal.

Mulanya ambulan itu tidak mahu tolong. Tidak mahu ambil mak kerana mereka ada pesakit lain. Abang Mie merayu mereka tolong dan bawa mak ke Klinik Menara di arrival KLIA. Di sana ada ambulan. Dalam hati Abang Mie berdoa agar dilembutkan hati mereka agar menolong mak.

Atas rayuanku dan pertolongan krew Puteri Ambulan mak dibawa turun dari pesawat. Masuk ke ambulan. Kusangka kan lepas itu akan smooth.

Rupanya ambulan tidak boleh keluar dari lapangan terbang kerana hilux escort telah melesapkan diri. Perlu tunggu lagi.

Dalam ambulan mak diberi oksigen. Alhamdulillah lega rasanya. Paramedik nyatakan keadaan mak agak kritikal.

Setelah menunggu lama, hilux escort datang dan ambulan boleh bergerak.

Mujur abang driver ambulan menolong.

“Ini soal nyawalah, pergi mampus dengan prosedur bodoh kau tu” maki abang ambulan kepada kakitangan ground dan escort yang hilang.

Terima kasih Abang Ambulan. Jasamu dikenang.
Maaf dalam kelam kabut tak sempat tanya nama.

Tiba di gate lapangan, ambulan perlu berhenti. Pemandu dan paramedik perlu turun lapor diri di guard sebelum keluar.

Jam 4 petang. 2 jam selepas landing baru bulan tiba di kawasan arrival.

Kelihatan ada ambulan Klinik Menara.

Pemandu pula tiada.

Setelah bertanya dan bising-bising di klinik, baru pemandu muncul tapi belum boleh bergerak sebelum mak diperiksa oleh doktor.

Agak lama doktor baru keluar.

Masa itu isteri dan anakku telah sampai di arrival. Beratur panjang, ambil beg, ambil air zam-zam, lebih cepat dari naik ambulan kecemasan.

Setelah doktor buat pemeriksaan dan;

“Encik kena buat bayaran dulu baru kami boleh bergerak” ucap kakitangan klinik.

“Harga ambulan rm350, harga oksigen rm150, jumlah rm530 setelah campur gst”

Abang Mie bergegas buat bayaran dengan kad kredit.

Setelah bayaran dibuat baru pemandu hidupkan enjin. Doktor ikut serta dalam ambulan. Doktor lokum.

Setelah seketika, ambulan bergerak menuju Hospital Putrajaya. Hospital terdekat dari KLIA.

Setelah 10 minit bergerak, ambulan berhenti di tepi jalan. Krew bertukar. Sekarang pemandu wanita pula ambil alih.

Pemandu bergerak ke hospital tanpa bunyikan siren. Paramedik nyatakan mak stabil.

Hampir dengan hospital tiba-tiba bacaan oksigen mak menurun. Paramedik kelihatan panik.

Rupanya oksigen dengan harga rm150 sebelum gst tu habis. Kakitangan ambulan tidak buat selenggaraan oksigen dengan baik.

Alhamdulillah sampai di hospital. Prosedur kecemasan dilakukan.

Mak diperhati seluruh badan. Vital sign diperiksa.

Doktor maklumkan jika terlambat sampai peluang mak untuk survive sangat tipis.

Paru parunya terjejas, jantung perlu bekerja keras, buah pinggang hampr kena dialisis, masa sampai di hospital paras karbon dioksida 100%, oksigen yang masuk ke paru-paru tidak boleh keluar, terperangkap.

Doktor marahkan Abang Mie kerana lambat pulang dari Mekah. Doktor bukan Islam ini mungkin tidak faham mengenai umrah.

Mendengar penjelasan doktor ini, Abang Mie rasa agak terkilan bawa mak ke Mekah. Terasa masa itu seperti keputusan yang salah.

Doktor perlu tidurkan mak untuk stabilkan semua organ.

Mak dimasukkan ke ICU selama 7 hari. Semua adik beradik berkampung di putrajaya.

Dikuarantin. Doktor syaki wabak MERS. Middle East Respiratory Sindrom. Kami boleh melawat dan lihat mak dari luar pintu kaca sahaja. Tidak boleh pegang atau beri kata semangat buat mak.

Aku yakin mak tidak jangkiti sakit tiada ubat itu. Mak kuat.

Semasa mak di ICU seorang dua jemaah umrah yang dimasukkan di situ pergi mengadap Ilahi. Salah seorangnya kerana sakit kencing manis.

Ada juga yang positif MERS. Keadaan jemaah itu sangat teruk.

Kami juga rasa gusar dengan keadaan mak. Kami hanya mampu berdoa.

Alhamdulillah selepas 4 hari keluar result. Negative MERS.

Baru kami dapat hampiri mak. Kami dibenarkan pegang dan usap mak. Berdoa dan berbisik bagi semangat untuk mak.

Hari ke 6 mak sedar. Esoknya mak keluar wad icu. Mak berada di wad biasa selama 3 hari.

10 hari di hospital. 10 hari di tanah suci. 3 hari di Madinah, 7 hari di Mekah balik sambung 7 hari di ICU dan 3 hari di wad biasa. Pakej penyujian jiwa yang sangat panjang untuk mak.

Selamat Hari Ibu untuk Mok. Setiap hari adalah hari ibu.

Semasa di rumahku sebelum balik ke Terengganu mok berseloroh dengn kami
“Lambat lagi aku nak mati”

7 hari tak sedar di ICU umur mak masih panjang. Kami doakan umur mak panjang dan sihat.

Cerita ini untuk ingatan sendiri dan keluarga. Hanya doa dan berserah kepada Allah yang boleh menolong kita di kala kita helpless tidak boleh buat apa-apa.

Berdoalah di kala susah dan senang.

Share jika bermanfaat.

FB Azemi Ali (LINK) .. Link Post

Reply