30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN, YANG MEMELIHARA TENAGA DAN JIWA…

Ramadhan bakal menghampiri. Apakah persiapan yang anda sudah lakukan. Bagi yang belum mengganti puasa, masanya masih ada. 30 menu yang dikongsi ini boleh diikuti di sepanjang Ramadhan ini.
Semoga kita mendapat ibadah puasa yang diterima olehNya dengan markah penuh…

Oleh:Netty Ah Hiyer

Ramadhan bakal menghampiri. Apakah persiapan yang anda sudah lakukan. Bagi yang belum mengganti puasa, masanya masih ada. 30 menu yang dikongsi ini boleh diikuti di sepanjang Ramadhan ini.

Semoga kita mendapat ibadah puasa yang diterima olehNya dengan markah penuh.

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan orang yang fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalanamalan sunat, solat sunat, rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)

25. Lazimi unttk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat – hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

Nota

Buatlah yang terbaik pd Ramadhan kali ini. Jikalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua.

Sumber: mingguanwanita

 

Reply