Kisah Benar Kasihnya Seekor Kucing Pada Tuannya. Selepas Dua Minggu Tuannya MENINGGAL, Apa Yang Jadi Pada Kucing Itu Amat MENGEJUTKAN!!!

Kisah benar mengenai kasihnya seekor kucing peliharaan ini terhadap tuannya. Kucing yg setia menemani tuannya ke mana sahaja ini akhirnya mengalami KERINDUAN yang amat sangat apabila Tuannya yang baru sahaja MENINGGAL DUNIA. Selepas dua minggu Tuannya meninggal, apa yang berlaku pada kucing ini amatlah MENGEJUTKAN & Boleh membuat kita GUGUR AIR MATA !!!

Kisah Benar Kasihnya Seekor Kucing Pada Tuannya. Selepas Dua Minggu Tuannya MENINGGAL, Apa Yang Jadi Pada Kucing Itu Amat MENGEJUTKAN!!!| Di petik dari FB Zack Ruslan, Kisah mengenai KASIH KUCING HINGGA KE LAHAT. Saya pasti ada ramai insan yg akan membasahi pipinya dengan air mata bila membaca kisah ini. KISAH BENAR (dari email group). Setiap insan semestinya ada hubungan istimewa, juga kenangan antara satu sama lain, tidak kiralah sesama manusia, atau haiwan kesayangan.

Kisah yang mendapat simpati, dan rasa sedih dari netizen ini, sudah cukup membuktikan bahawa jika kita memberikan kasih sayang kepada insan, atau pun kucing sekali pun mereka pasti akan menjadi teman kita buat selamanya. ‘Abang’, panggilan yang diberikan kepada kucing milik saudara Azreen MJ yang mana telah pergi buat selamanya baru-baru ini, akibat terlalu rindu akan tuannya, yang juga merupakan ayah kepada saudara Azreen.

9 Mei 2017
Ketika aku solat maghrib bersama isteri, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Selesai solat. Aku berkata dengannya, “abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya”. Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali”. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.


Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia (kucing) berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya. Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman se makan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.

10 Mei 2017
Genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, dan manja kini menjadi sekurus-kurusnya. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya (tuan) yang telah kembali kerahmatullah. Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang (kucing) kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal. Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada.

Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok. Nanti kat sana abang (kucing) cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang. Kucing bernama ‘Abang’. Sahabat, atok iaitu ayahandaku.

 

Reply