Nak Surprise Birthday Suami..Tunggu Dalam Gelap, Suami Balik Aku Nangis Rupanya Dia…

Aku baru kahwin 2 tahun,masih belum dikurniakan rezeki anak,jadi aku ni nak bermanja dengan suami.Hari tu suami keluar malam,suami lupa malam tu birthday dia jadi aku pun nk buat kejutan,aku sanggup bergelap tunggu dia malam tu,bila dia balik menitis air mata sekali lihat dia dengan………….

Nak Surprise Birthday Suami..Tunggu Dalam Gelap, Suami Balik Aku Nangis Rupanya Dia… | Saya sekadar ingin meluahkan rasa hati sebagai seorang isteri. sakit sangat rasa bila diri tak dihargai suami kan? Saya dah berkahwin 2 tahun lebih dan masih belum diberikan rezeki zuriat.
Perasaan sedih dan kecewa saya ini disebabkan sikap suami yang langsung tak pernah hargai saya sebagai isteri. Kadang-kadang sebagai seorang perempuan dan isteri kita pasti nak rasa bahagia terutamanya bila suami mengingati hari-hari penting seperti anniversary or birthday kita kan tapi saya tak pernah dapat smua tu sampaikan birthday saya pun suami tak ingat.
Bila anniversary kami, saya je beria-ria buat macam-macam perancangan tapi suami buat bodoh je. saya tak pernah merasa dapat hadiah dari suami. Kadang-kadang berharap sangat walaupun hadiah tu murah saya tak kisah.
Semalam birthday suami,saya cuba buat surprise untuk dia. Malam tu suami keluar lepak dengan kawan jadi saya duduk rumah seorang. saya tutup semua lampu dan saya sanggup duduk dalam gelap untuk buat surprise pada suami tapi bila suami balik saya terus on lagu birthday dan menjerit wish happy birthday,tau apa reaksi suami?? dia buat bodoh saja then saya ke dapur ambil kek yang saya buatkan khas untuk dia berserta dengan kad ucapan, tau apa reaksi dia?? dia cakap nanti je la dia mkan then dia simpan kek bersama kad ucapan tu dalam peti tanpa membaca apa yang saya tulis, tanpa ada sepatah pun ucapan terima kasih dia terus masuk bilik. ya Allah sedih,hancur kecewanya rasa diri ni tak dihargai suami langsung.
Maaf semua mungkin masalah saya ni bukan la masalah yang besar sangat tapi saya sekadar ingin meluahkan perasaan yang lama terpendam.-KRT

One Response

  1. Iamwoman

Reply