Dulu Penagih Kini Sudah Bergelar JUTAWAN. Apa Yg Dia Lakukan Buat Ramai BANGGA !!!

Lelaki ini merupakan gelandangan dan dia tersalah pilih jalan dengan mengambil dadah. Ketika dia memasuki pusat pemulihan, lelaki ini bertekad untuk mengubah nasibnya dan tidak akan kembali mengambil dadah. Di pusat pemulihan itulah dia mempelajari untuk menghasilkan…..

Dulu Penagih Kini Sudah Bergelar JUTAWAN. Apa Yg Dia Lakukan Buat Ramai BANGGA !!! | Seorang pemilik rangkaian jus buah-buahan membuktikan bahawa tidak wujud istilah “tiada harapan.”

Melalui bukunya yang bertajuk “I Forgot to Die,” pengusaha berusia 46 tahun bernama Khalil Rafati ini berkongsi perjalanan menakjubkan yang dilaluinya untuk menjadi seorang jutawan.

Khalil ialah pemilik kepada Sun Life Organics, sebuah rangkaian minuman jus buah-buahan yang berjaya.

Menurutnya, sebelum dia berjaya menempa kejayaan dalam hidupnya, dia merupakan seorang gelandangan. Hidupnya pula musnah setelah dia berjinak-jinak dengan penyalahgunaan dadah 13 tahun yang lalu.

Dia kehilangan berat badannya dan hanya seberat 48kg sewaktu dia dalam keadaan tidak keruan dahulu.

Namun, mujurlah salah seorang daripada rakannya mempelawa untuk membantu dan memberikan motivasi kepadanya untuk terus mengharapkan yang baik serta mengembalikan semangatnya untuk terus hidup dengan menceburi bidang perniagaan jus buah-buahan.

Saat itu merupakan titik permulaan kehidupan baru untuknya.

Riviera Recovery Center membuka pintu harapan kepadanya untuk memperbaiki keadaan hidupnya tatkala dia mula menghasilkan jus organik buat pesakit dan penjaga di sana.

Pusat pemulihan tersebut menjadi tempat perlindungannya. Di sanalah dia boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang cara kehidupan yang sihat.

Rangkaian minuman jus yang diuruskan Khalil telah bertapak di Malibu setelah lima tahun beroperasi. Ianya dinamakan SunLife Organics dan nama tersebut menjadi popular dalam menawarkan minuman yang menyihatkan kepada orang ramai.

Minuman yang dihasilkannya diperbuat daripada air beralkali, garam Himalaya, dan tumbuhan dandelion. Idea ini disambut baik oleh masyarakat Malibu. Selebriti Hollywood merupakan antara pelanggan setianya.

Khalil juga ialah seorang majikan yang baik dan disukai para pekerjanya. Antara mereka yang bekerja di bawah seliaannya merupakan golongan yang memerlukan bantuan seperti dia sendiri dahulu.

Khalil terus komited kepada misi yang memberikannya inspirasi untuk berubah. Kepercayaan terhadap manusia dipulihkan melalui bekas gelandangan ini!

Adakah kisah Khalil ini memberikan inspirasi kepada anda? Khabarkan kepada kami kisah kejayaan lain yang anda fikir baik untuk dikongsi pada akaun Facebook kami!

Sumber: Elite Readers & Era Baru

Reply