TERBAIKLAH SI COMEL NIE….! Kucing Pandai ‘Bercakap’ Sebut ‘No More’ Ketika Mandi… SEMPOI…

SEEKOR kucing mengejutkan pelayar laman sosial apabila dirakam mampu ‘bercakap’ dengan menyebut perkataan seakan kedengaran ‘no more’.

Video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna Youtube, David Savage menarik perhatian ramai hingga ditonton lebih sejuta orang.

Menerusi video itu, kucing berwarna coklat tersebut dilihat tidak selesa dimandikan dalam sebuah singki besar.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kucing tersebut kedengaran meniru perkataan yang disebut pemiliknya iaitu ‘no more.

Tidak henti setakat itu, kucing yang dipercayai dirakam di Amerika Utara ini berjaya ‘menyebut’ perkataan ‘no more’ berulang-ulang kali.

Tidak pasti, sama ada benar atau tidak kucing ini ‘bercakap’, namun kebolehannya mengiau dengan menyebut ‘no more’ memikat hati ramai. – MYNEWSHUB.CC

Reply