Video: Wanita Pertaruh Nyawa Demi Selamatkan Kucing Di Jalan…. Respect Kat Wanita Ini…

SEORANG wanita penunggang motosikal mendapat perhatian netizen selepas bertindak berani demi menyelamatkan seekor anak kucing yang ketakutan di tengah jalan raya.

Wanita tersebut yang sedang menunggu lampu isyarat, ternampak seekor anak kucing terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebelum pergi menyelamatkannya.

Jelas kemuliaan hati dan sifat perikemanusian wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya hanya untuk seekor kucing jalanan.

Dia juga dilihat sanggup meletakkan anak kucing tersebut di dalam topi keledarnya selepas menyelamatkan nyawa kucing itu.

wm

Semoga tindakan wanita ini dapat memberi inspirasi kepada  orang ramai untuk lebih prihatin dan bersikap perikemanusiaan terhadap haiwan di jalanan. \

–  MYNEWSHUB.CC

Reply