Ajal Riz di penghujung syawal .. Motosikal rempuh lori yang terbalik dijalanraya (8Gambar)

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…. Syawal baru berlalu semalam ..namun di punghujung syawal itu lah Riz dijemput ajal motosikal kuasa tinggi kesayangan nya rempuh lori yang terbalik .. Riz minat motosikal kuasa tinggi hingga akhir hayat nyaa .. Al fatihah

Serian : Seorang lelaki maut apabila motosikal kuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang terbalik dijalan raya dalam kejadian Serian semalam.

Mangsa Mohd Mukhairiz Bin Suhaili Penolong Juruukur JKR Serian meninggal dunia ditempat kejadian dipagi penghujung syawal 30 Syawal 1438 hijrah pagi semalam dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Dalam kejadian itu sebuah lori telah terlibat dalam kemalangan merentang jalan dimana arwah gagal mengawal motosikal lalu merempuh lori tersebut.

 

 

Arwah seorang yang amat memninati motosikal kuasa tinggi dan banyak terlibat dengan konvoi-konvoi motosikal kuasa tinggi tidak disangka arwah temui ajal dengan motosikal kesayangannya.

Jenazah arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, permergian arwah mengundang pilu Keluarga memandangkan arwah merupakan seorang anak lelaki dalam keluarga nya semoga rohnya dicucuri rahmat.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, minat nya pada motosikal kuasa tinggi hingga akhir hayat. Al fatihah

 

SUMBER

 

Reply