Duit RM129 000 Berjaya Di Jumpai Oleh Konduktor Bas. Tindakan Pemilik Wang Ini Buat Ramai GERAM !!!

Thailand, seorang konduktor bas berjaya menjumpai wang RM 129 000. Tetapi tindakan lelaki yang merupakan seorang Doktor buat ramai netizen terkilan. Namun begitu,ada ke patut ”ganjaran” yang diberikan kepada wanita ini buat ramai rasa sedih…

Duit RM129 000 Berjaya Di Jumpai Oleh Konduktor Bas. Tindakan Pemilik Wang Ini Buat Ramai GERAM !!! | Satu kejadian dimana seorang wanita yang jujur menemui sebuah beg di Thailand. Tetapi tindakan seorang lelaki buat ramai netizen geram dan tidak berperikemanusiaan.

Seorang konduktor bas yang jujur memulangkan beg yang mengandungi sejumlah wang yang besar dibalas dengan ganjaran yang jauh dari setimpal, diberi dua beg gula-gula.

Kisah tersebut menjadi tular di laman-laman atas talian, dan netizen mencemuh perbuatan pemilik beg tersebut dengan menyifatkan beliau sebagai kedekut.

Sumon Mitdul, 50 tahun merupakan seorang konduktor bas No. 511 di pinggir Bangkok. Tidak seperti hari-hari biasa, dia pada hari kejadian menemukan beg galas yang tertinggal oleh pemiliknya, yang berisi dengan wang bernilai 1.2 juta bath atau RM 129 ribu.

Dia kemudian menuju ke balai polis Samut Prakarn dan melaporkan mengenai kejadian bag yang tercicir di dalam basnya.

Sumon memberitahu pihak polis bahawa dia ingat akan rupa penumpang, yakni pemilik beg tersebut – iaitu seorang lelaki berkaca mata berusia dalam linkungan 30-an.

Sehari selepas laporan yang dibuat, pemilik beg tersebut, yang juga seorang doktor pakar sakit puan datang ke balai polis tersebut untuk mengambil beg galas yang yang tercicirnya.

Berdasarkan dari kenyataan pemilik beg tersebut, dia bekerja di Chonburi dan pada pagi kejadian, dia mengeluarkan sejumlah wang sebanyak 1 juta bath dari sebuah bank berdekatan sebelum menaiki bas berkenaan.

Dia sedar akan kehilangan begnya selepas turun dari bas, lalu dia menuju semula ke stesen bas, dan diarah untuk ke balai polis.

Doktor yang mendapat semula begnya menunjukkan rasa terima kasih kepada konduktor bas tersebut atas kejujurannya, dengan memberikannya gula-gula!

Sumber : Era Baru

Leave a Reply