【Video】Ular tedung ‘menjaga’ anak anjing yang terjatuh ke dalam perigi buta selama dua hari sehingga bantuan keselamatan sampai

Ular tedung sangat dikenali dengan sifat ganas dan tidak mesra dengan mana-mana mangsanya. Tetapi dalam satu kes yang ajaib lagi luar biasa ini, seorang lelaki telah menyaksikan satu insiden yang begitu mengejutkan!

Kejadian ini berlaku di Punjab, India apabila dua ekor anak anjing ini telah terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Sebaik mendengar nyalakan ibu anjing tersebut, tuan empunya segera melihat ke dalam pergi dan menyedari apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kedua-dua anak anjing tersebut.

Tuan anjing tersebut mendekati perigi dan setelah melihat ke dalamnya dengan teliti, dia telah menyaksikan sesuatu yang sangat mengerikan. Seekor ular tedung berada bersebelahan dengan dua ekor anak anjing tersebut!

honesttopaws

Namun setelah diperhatikan, ular tedung tersebut tidak kelihatan seperti mahu mencederakan kedua-dua anjing yang masih kecil itu. Sebaliknya, ia kelihatan seperti ‘menemani’ kedua-dua mereka yang berada dalam ketakutan.

honesttopaws

Anak anjing ini telah berada di dalam perigi selama 48 jam bersama dengan ‘kawan baru’ mereka sehingga bantuan tiba. Lebih mengejutkan lagi, pasukan penyelamat yang sedang berusaha menyelamatkan anak-anak anjing itu seolah-olah diberkati oleh ular tedung berkenaan yang segera mengundurkan diri ke sudut perigi lain bagi memudahkan proses penyelamatan.

Misi penyelamatan berjaya! Kedua-dua anak anjing tersebut berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan manakala ular tedung tersebut dilepaskan ke kawasan hutan.

Kisah ini membuktikan bahawa kita tidak seharusnya mengadili seseorang berdasarkan daripada penampilan luaran mereka.

Lihat video di bawah yang memaparkan berita luar negara mengenai insiden yang luar biasa ini!

Era Baru

Leave a Reply