【Video】Lelaki ini bunuh 4,000 ekor nyamuk setiap malam hanya dengan kipas dan pengadang tingkap

Musim hujan di sesetengah negara akan menyebabkan kemunculan nyamuk yang begitu banyak. Ini boleh mengakibatkan penyakit atau wabak berlaku sekiranya tidak dibendung. Oleh itu, seorang YouTuber bernama Dan Rojas telah mencipta satu kaedah genius untuk menghapuskan nyamuk di rumahnya menggunakan tiga item sahaja – kipas, pengadang tingkap dan cecair alkohol.

Kaedah penghapusan nyamuk ini menyebabkan hampir 4,000 ekor nyamuk mati setiap malam. Rojas juga menggunakan anjing peliharaannya, Rocky sebagai umpan nyamuk.

Dalam laman YouTube-nya, Green Power Science, Rojas menunjukkan kaedah genius ini.

Menggunakan kipas berindustri tinggi, pengadang tingkap berlubang kecil, magnet, alkohol yang dicampur air dan Rocky sebagai umpan, Rojas kemudiannya bersedia.

Rocky dijadikan umpan kerana menurutnya, nyamuk tertarik kepada karbon dioksida. Jadi umpan seperti anjing, burung merpati atau apa-apa haiwan yang menghembuskan karbon dioksida boleh dijadikan umpan.

Tapi jangan risau, Rocky tak pernah digigit dalam kaedah ini.

Nyamuk diperangkap oleh kipas itu. Bagi mengelakkan serangga lain atau dedaun untuk tidak tersangkut di situ, pengadang tingkap berlubang kecil itu diletakkan di bahagian hadapan kipas. Pengadang itu pula dicantumkan dengan magnet agar ia tidak terjatuh daripada bahagian hadapan kipas.

Nyamuk-nyamuk yang terperangkap dibunuh menyemburkan alkohol.

Sekiranya anda tidak mempunyai haiwan peliharaan, anda juga boleh menggunakan apa-apa sahaja yang mengeluarkan karbon dioksida.

Ini amat berguna di kawasan negara yang mempunyai masalah Zika, denggi dan virus Chikungunya.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh melihat sendiri cara Rojas menyiapkan perangkap membunuh nyamuknya di sini.

Era Baru

Reply