HELMET DI KEPALA TERBELAH DI PANAR PETIR .. NIZAM MAUT PULANG DARI KERJA (8GAMBAR)

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya …Ajal di panah petir pulang dari mencari rezeki

Sungai Petani : Seorang pemandu Ambulan Hospital Kerajaan Mohd Nizam Elias ,32, maut di panah petir petang semalam semasa menunggang motosikal pulang dari tempat kerjanya.

Dalam kejadian 5.50 petang di jalan Sungai Petani Kuala Ketil sebelum kampung Jerung dalam keadaan cuaca hujan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha y15zr maut.

Apa yang paling memilukan Helmet dipakai Nizam pecah akibat panahan petir lalu mangsa dan motosikal terjatuh ditepi longkang menyebabkan Nizam maut ditempat kejadian.

Mohd Nizam atau lebih dikenali dengan nama Niezam Suffy merupakan ahli group motosikal y15zr Sungai petani.

Kehilangan mangsa yang disifatkan seorang yang amat baik mengundang pilu rakan-rakan ramai yang hadir di majlis pengkebumian arwah Nizam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teloi Tua Sungai Petani hari ini.

Punca kejadian sebenar kini disiasat oleh pihak berwajib semoga rohnya dicucuri rahmat, Al fatihah dan salam takziah buat keluarganya.

Sumber Asal : beritsayu.net

Reply