WANITA TERKILAN PENGGUNAAN SAFETY HARNESS UNTUK ANAKNYA DIKRITIK & DIKATAKAN DIIKAT SEPERTI BINATANG

Semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil seringkali disarankan agar memakai safety harness untuk mengelakkan berlakunya kes kehilangan anak atau anak diculik dan sebagainya. Tetapi, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak masih lagi tidak boleh menerima penggunaan alat ini sebagai langkah keselamatan tetapi dikatakan umpama mengikat binatang.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah pihak yang dikatakan telah memandang sinis dan mengetawakannya apabila memakai hand harness demi keselamatan anaknya. Ikut perkongsian beliau.
Wanita Terkilan Penggunaan Safety Harness Untuk Anaknya Dikritik & Dikatakan Diikat Seperti Binatang
Wanita Terkilan Penggunaan Safety Harness Untuk Anaknya Dikritik & Dikatakan Diikat Seperti Binatang

Semalam saya pergi ke shopping mall, saya pakaikan anak saya safety harness ini. Saya tahu anak saya jenis yang macam mana, dia tidak suka orang pimpin tangannya. Dia lebih suka jalan sendirian. Kalau kami lepaskan tangan dia, tak sampai dua saat saja dia dah lari seperti lipas kudung.

Semua orang tengok semalam, tetapi tengok dengan pandangan yang pelik. Tak tahu kenapa, mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan mengikat anak seperti ini. Ramai juga yang gelakkan saya semalam.
Yang tak boleh ‘blah’ bila ada seorang lelaki bukan main kuat dia gelak. Terdengar dia kata “Dah macam ikat menate (binatang) dah. Saya rasa nak cilikan saja mulut dia yang kurang ajar itu. Dah tua pun, tetapi mulutnya bukan main jahat.

Saya beritahu pada suami dan dia kata, “Ikut dia lah, kalau anak kita hilang, bukan dia yang nak tolong cari pun. Kita yang menanggung sengsara,” kata suami.

Cukuplah anak saya dah pernah hilang dua kali. Tak sanggup lagi dah nak melalui kejadian yang sama seperti itu. Boleh jadi gila dibuatnya.

Tak tahulah masyarakat kita ini, sangat payah nak ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Sudah ramai yang kongsi pengalaman anak mereka hilang tetapi bila kita amalkan keselamatan sebegini dianggap mengamalkan pemikiran kuno sangat. Cubalah berfikiran terbuka sikit.

Di negara barat, benda seperti ini boleh dikatakan wajib bagi mereka. Kita di Malaysia sahaja yang akan dipandang jelik jika buat begini. Mereka pandang kita seperti kita ibu bapa yang jahat dan mementingkan diri.

Kalau anak saya hilang, awak (yang jenis suka mengkritik) nak tolong carikan ke? Lebih baik saya buat begini dari saya menyesal di kemudian hari.

Yang gelakkan saya semalam, suatu masa nanti bila anda dah ada anak, jagalah anak baik-baik. Jangan sampai anak dah hilang, menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata berdarah sekalipun tak guna dah.

Cuba berfikiran terbuka sedikit. Kita di Malaysia sudah bermacam-macam kes yang berlaku, yang melibatkan kanak-kanak. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh seperti Sarah dan Shuib yang kehilangan anak selama tiga minit, rasa macam nak mati, tahu?

P/S: Anak saya kalau pergi mall, dia fikir dia pergi ke taman gula-gula. Habis dia berlari sana sini. Bila diikat begitu, rasa aman sedikit.

Luahan Hati Ummi Damia

Reply