[VIDEO] MEMBERIKAN BAJU MILIKNYA KEPADA KANAK-KANAK GELANDANGAN, TINDAKAN LELAKI INI MENGUNDANG KECAMAN DAN PUJIAN DARI NETIZEN

Tidak ramai manusia yang memiliki hati mulia seperti lelaki ini 👏

Jika anda melihat kelibat seorang kanak-kanak yang merayau-rayau di jalan raya tanpa sebarang pakaian, adakah anda akan memberikan pertolongan kepadanya?

Tidak ramai manusia yang memiliki kemuliaan hati dalam usaha untuk membantu mencegah kemiskinan dan menghulurkan bantuan kepada insan yang lebih memerlukan. Manusia kini lebih cenderung untuk melakukan hal peribadi tanpa memikirkan soal kebajikan dalam kalangan masyarakat.

Tetapi lelaki muda ini telah membuktikan sesuatu yang sangat mengagumkan dan netizen amat menyanjungi tindakan lelaki tersebut!

Seggo Loberes dan rakannya, Josh Rabanal dari Filipina sedang bersiar-siar pada satu hari yang hujan dan mereka terlihat seorang kanak-kanak berada di jalanan tanpa seurat benang.

Kredit: Facebook/Teeradio

Pada awalnya, kedua-dua sahabat ini hanya bergurau dengan menyatakan Seggo kelihatan seperti kanak-kanak terbabit. Ia kemudian membuatkan Josh mahu memberikan kanak-kanak lelaki tersebut pakaian bagi melindunginya daripada kesejukan.

Josh telah pergi ke bonet kereta dan mengambil pakaian lalu memakaikannya pada kanak-kanak tersebut.

Seggo telah merakamkan segala tindakan mulia itu dan memuat naik video tersebut di Facebook. Dengan serta-merta, video tersebut menjadi tular dan berjaya meraih perhatian netizen yang memuji tindakan mereka.

Kredit: Facebook/Teeradio

Penularan video tersebut turut mendapat komen yang positif dan juga kritikan negatif. Ada netizen yang beranggapan Josh dan Seggo hanya ingin meraih populariti di atas perbuatan mulia mereka dengan menayangkannya di media sosial.

God Bless kay kuya napakabuti mo <3

God Bless kay kuya napakabuti mo <3Video by Seggo Loberes #TeeGang

Posted by Tee Radio on 2hb Ogos 2017

Sementara itu, ada juga yang memuji tindakan kedua-dua lelaki ini dan berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk membantu golongan yang memerlukan.

Credit – Era Baru

Reply