(6 GAMBAR) MENITIS AIR MATA APABILA LIHAT PENDERITAAN ANAK SYURGA INI – ‘AYAH MANA YANG SAMPAI HATI MELIHAT ANAK DISERANG SAWAN BERKALI-KALI’ – KUATKAN HATI BILA MELIHAT GAMBAR ANAK KECIL INI

Allahu, menitis air mata di saat melihat Muhammad diserang sawan. Betapa kuatnya semangatmu wahai anak, melawan segala kesakitan yang kamu hidapi.
sumber : My Media Hub

(6 Gambar) Menitis Air Mata Apabila Lihat Penderitaan Anak Syurga Ini – ‘Ayah mana yang sampai hati melihat anak diserang sawan berkali-kali’ – Kuatkan Hati Bila Melihat Gambar Anak Kecil Ini | Mohd Hafizi Jumhari, 30, dan isterinya, Noorismaliza Ahmad, 27, memerlukan bantuan sumbangan orang ramai bagi mengumpul dana untuk merawat bayi mereka yang tidak mampu menjalani kehidupan normal sejak lahir.

Difahamkan, Muhammad Arjuna Hafizi, anak bongsu dari lima beradiknya sehingga kini tidak pernah merasai susu ibunya dan Hospital Sultan Ismail (HSI) menjadi tempat tinggalnya sejak dilahirkan 30 April lalu selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Menurut Mohd Hafizi, anaknya seringkali mengalami serangan sawan dan akibat kecederaan di bahagian dalam otak. Doktor kini masih menyiasat jenis virus yang menyerang otak anak mereka.

25 Julai lalu, Mohd Hafizi meluahkan rasa sedihnya dan meminta orang ramai tampil membantu anak mereka.

Ayah mana yang sampai hati melihat keadaan anaknya seperti ini. Hari ini di depan mata sendiri dapat melihat Muhammad Arjuna Hafizi diserang sawan. Terenjat-renjat tubuh si kecil ini seperti terkena renjatan elektrik.

Allahu, menitis air mata di saat melihat Muhammad diserang sawan. Betapa kuatnya semangatmu wahai anak, melawan segala kesakitan yang kamu hidapi.

Buat pengetahuan semua, sawan yang dihidapi oleh Muhammad ini bukanlah sawan seperti kanak-kanak yang mengalami demam panas itu. Sawan yang terjadi ini berlaku adalah kerana gangguan saraf akibat kecederaan yang berlaku di otak.

Bagaimana kecederaan di otak boleh berlaku? Perkara itu masih dalam siasatan dan rawatan doktor.

Buat masa ini, hanya ikhtiar doktor, jururawat dan doa daripada keluarga, para sahabat dan rakan-rakan di luar sana sahajalah yang dapat menjadi harapan buat Muhammad Arjuna Hafizi.

7 Ogos lalu, genap 100 hari usia Muhammad Arjuna Hafizi. Keadaannya semakin merosok. Bermacam-macam jenis ubat sudah dimasukkan ke dalam badannya tetapi masih datang juga sawannya. Muhammad muntah-muntah setiap kali diberi susu sampai badannya lemah longlai.

Ikhtiar secara perubatan alternatif juga telah dilakukan, namun masih belum menunjukkan sebarang perubahan positif. Mungkin Allah masih belum izinkan Muhammad sembuh, mungkin perlu lebihkan lagi doanya. Jalan terakhir pindah ke hospital swasta dan mungkin di sana lebih ramai pakar yang arif tentang permasalahan Muhammad. Tetapi kosnya pula mencecah ratusan ribu ringgit.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk anakku ini. Permudahkanlah segala-galanya ya Allah. Sembuhkan segala kesakitan yang dihadapinya. Kalau boleh pindahkanlah segala sakit anakku ke atas diriku. Aku dah buntu.

Segala jasa baik mereka-mereka yang tidak henti-henti menghulurkan sumbangan, memberi kata-kata semangat dan tidak putus-putus mendoakan Muhammad Arjuna Hafizi saya amat hargai. Semoga jasa dan budi baik kalian, Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Amin YRA.

P/S: Di bawah ini saya sertakan sekali nombor akaun bank isteri saya buat mereka yang berhati mulia, yang sudi menyumbang untuk dana perubatan Muhammad Arjuna Hafizi dan juga disertakan nombor telefon saya untuk sebarang pertanyaan.

No. Akaun Maybank: 1514 6325 0066
Nama pemegang akaun: Noorismaliza Ahmad
Nombor telefon Fizie Joe: 012-9930360

sumber : The Reporter

Reply