Penduduk GEMPAR Kubur Gadis Cantik Yang Baru Dikebumikan 3 Hari TERBONGKAR. Rupa-Rupanya

Penduduk kampung gempar apabila mendapati kubur seorang gadis cantik berusia 16 tahun yang baru 3 hari dikebumikan terbongkar. Setelah disiasat rupa-rupanya….

Penduduk GEMPAR Kubur Gadis Cantik Yang Baru Dikebumikan 3 Hari TERBONGKAR. Rupa-Rupanya…
2 Julai lalu, penduduk Kampung Beru, Jeneponto Indonesia digemparkan oleh kejadian penggalian sebuah kubur milik Shelvia 16 tahun, yang baru dikebumikankan tiga hari sebelumnya. Walaupun jasad Shelvia masih ada, namun kain kafannya sudah dibuka.

 

“Kita menemui kesan tangan dan kesan selipar pelaku. Shelvia ini anak saya yang meninggal akibat kecelakaan tunggal jatuh jatuh dari motor, dan sempat dirawat di Hospital Wahidin Makassar,” kata ibu Selvia, Bungaria 33 tahun.

Menurut Ketua Desa Bontosunggu, Badaruddin dia mengesyaki kubur Selvia digali oleh pelaku yang ingin menguasai ilmu hitam. “Mungkin ada kaitan dengan ilmu hitam kerana kejadian begini baru pertama kali terjadi,” ujarnya.

Sementara itu hasil pemeriksaan polis menunjukkan jenazah masih utuh termasuk kain kafan dan talinya. Tidak ada yang koyak atau hilang. Namun kain kafan sedikit terbuka.

Polis juga telah memeriksa kesan tapak tangan dan tapak kasut pelaku. Masih tidak dapat dipastikan berapa berapa orang yang terlibat melakukan perbuatan khianat tersebut. Malah alat untuk mengorek juga masih tidak ditemui.

Kubur Shelvia ditemui terbongkar pada pagi Ahad oleh Bunga Lenteng. “Saya baru bangun tidur dan lihat ada kuburan seperti terbongkar jadi saya datang periksa. Kemudian saya panggil orang kampung,” katanya yang kebetulan rumahnya berdekatan lokasi perkuburan.

Shelvia yang baru berusia 16 tahun merupakan seorang gadis yang cantik. Arwah anak sulung dari dua bersaudara pasangan Sakri Daeng Rani dengan Bungaria. Pada 28 Jun yang lalu dia terjatuh dari motosikal sebelum meninggal di Hospital Wahidin Makassar.

Sumber:- Eberita

Reply