INILAH BIODATA JOY REVFA ISTERI HAFIZ HAMIDUN DAN 5 FAKTA MENARIK TENTANGNYA BUKAN CALANG CALANG ORANGYA

Pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan berjenama Merve Cosmetics
Joy memulakan bisnes pada 11 Februari 2015 dengan menubuhkan Merve Group Holdings Berhad dan Merve Skin Health Sdn Bhd (Merveilles).

Mengangkat tema Fairy Tales pada produk kesihatan dan kecantikannya, Merve kini mempunyai lebih 60 stokis serta lebih 1000 agen dan dropship di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Antara produk yang dikeluarkan adalah Gorgeous Juice, Perfect Matte Powder, Fairy Tears Potion Serum, Illusion Creamy Concealer dan banyak lagi.

Pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan
Sebelum bergelar isteri kepada Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan yang mempunyai gelaran Datuk.

Hasil perkahwinan terdahulu, Joy dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang berusia 3 tahun.

Berbakat besar dalam dunia solekan
Untuk info, Joy merupakan graduan diploma dalam bidang solekan fesyen dan fotografi dari Puspita Martha International Beauty School, Jakarta.

Selepas tamat pengajian, wanita ini dipilih sebagai jurusolek kesan khas untuk filem-filem pecah panggung dari Indonesia seperti Habibie & Ainun dan The Perfect House.

Anak kepada jurusolek terkenal
Joy merupakan anak kepada jurusolek terkenal iaitu Sofia Abbas.
Dalam membantu wanita-wanita diluar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, Joy bersama ibu dan kakaknya turut membuka sebuah akademi iaitu Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang beroperasi di Shah Alam sejak tahun 1990.

Mempunyai darah campuran dua negara
Di sebalik wajahnya yang cantik jelita dan putih mulus, Joy mempunyai darah campuran iaitu Malaysia dan Indonesia.

Mempunyai lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya
Sehingga artikel ini ditulis, Joy mempunyai 163,000 pengikut di instagramnya.

Selain suka memuat naik gambar swafotanya, Joy turut berkongsi pelbagai petua dan tips kesihatan serta kecantikan kepada pengikutnya di instagram.

Sumber: http://himpunanceritalawak.com

Reply