LELAKI INI BERHAJAT NAK BELANJA PAKCIK NI DI SEBUAH RESTORAN. APA YG PENGURUS RESTORAN LAKUKAN BUAT DIA TERKEJUT !!!

Satu hari saya ke sebuah mall dan ternampak seorang pakcik berada di hadapan sebuah restoran. Saya bertanya nak makan apa hari ini dan saya belanja. Saya ke kaunter dan memesan makanan. Tetiba juruwang masuk ke dalam kemudian keluar bersama pengurus. saya terkejut dan binggung apabila melihat pengurus itu telah……..

Ramai yang menganggap perlakuan murni sangat jarang dilihat hari ini, tetapi kisah pemuda ini memancarkan sinar harapan

Jayaselvaganapathy a/l Manimekala baru-baru ini berkongsi sebuah kisah tentang bagaimana pertemuannya dengan seorang lelaki warga emas awal tahun ini telah mengubah persepsi negatifnya terhadap masyarakat.

Kisah ini menceritakan tentang bagaimana orang yang tidak dikenali sanggup menghulurkan bantuan memberi makanan kepada insan yang sedang lapar.

”21 Januari 2017 merupakan hari yang tidak dapat saya lupakan kerana buat kali pertamanya tanggapan negatif saya terhadap masyarakat berubah.

“Saya tidak menceritakan kisah ini untuk mengejar populariti tetapi saya mahu anda semua merasai apa yang saya rasai.

Membantu orang lain, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan, ialah satu amal yang wajar dilakukan kerana kepuasannya sangat berharga dan tidak dapat digambarkan,” jelas Jaya dalam satu temu ramah eksklusif dengan SAYS.

Kisah ini bermula apabila Jaya menyapa seorang lelaki warga emas di sebuah pusat beli-belah di Skudai, Johor, beberapa minggu yang lalu

“Pak cik ini agak dikenali ramai kerana dia sangat peramah dan baik terhadap orang lain. Kebiasaannya, adik saya akan melawatnya jika ada kelapangan waktu.

Saya juga melihat insan berhati mulia yang lain turut melawatnya,” kata Jaya.

Tambahnya, adiknya sering berbual dengan lelaki warga emas tersebut dan membelikannya makanan tengah hari atau sarapan pagi bila mereka bertemu.

Jaya berkata dia akan melakukan perkara yang sama sekiranya adiknya sibuk atau tiada di sini.

Pada tarikh 21 Januari tersebut, Jaya bertembung dengan lelaki warga emas itu lagi.

“Pada pagi hari tersebut, saya berkunjung ke AEON lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Saya nampak pak cik itu duduk di hadapan restoranMcDonald’s.

Kemudian saya menghampirinya dan bertanya, ‘Hai Pak Cik! Nak makan apa hari ni?’ Dia minta burger Filet-o-Fishdari McDonald’s,” jelas pelajar universiti berusia 21 tahun itu.

Tanpa berfikir panjang, Jaya maju ke kaunter untuk memesan makanan. Namun, dia terlupa bertanyakan air minuman apa yang diingini Pak Cik tadi

Jadi Jaya berpatah balik mencari pak cik itu yang telah berpindah ke ruang makan restoran dan bertanyakan air minuman yang diingininya.

“Secawan Milo panas,” jawab pak cik tersebut.

Jaya kembali ke kaunter untuk membuat pesanan.

“Pada waktu ini, juruwang menyedari apa yang sedang berlaku dan berhenti mengambil pesanan.

Dia kemudiannya bertanya kepada saya, ‘Ada apa-apa lagi untuk diri encik sendiri?’ ‘Tidak ada, terima kasih,’ saya menjawab,” tambah Jaya.

Tidak lama selepas itu juruwang itu masuk ke ruang dapur tetapi apabila dia kembali ke kaunter, dia tidak berkeseorangan – dia ditemani pengurusnya.

“Pengurus itu keluar dan terlihat Pak Cik itu dan dia menganggukkan kepalanya sambil melihat ke arah juruwang tersebut. Ketika itu saya masih tidak faham apa yang sedang berlaku,” kata Jaya.

“Apabila hidangan telah tersedia, juruwang itu terus menghantarkannya kepada pak cik itu. Saya berasa bingung, tetapi saya masih bertanyakan kepada juruwang itu berapa harganya,” tambah Jaya.

“Kemudian ianya berlaku, saat yang paling tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya.”

“Juruwang itu memberitahu saya, ‘Kami tidak mengenakan bayaran terhadap sifat perikemanusiaan, encik.’”

Jaya terkelu seketika. Dia terkejut dengan kemurahan hati pengurus dan juruwang tersebut. “Saya terdiam seketika sebelum mengucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya.

“Alangkah baiknya untuk mengetahui di zaman ini di mana setiap insan sibuk mengejar cita-cita materialistik, sifat perikemanusiaan masih wujud melalui golongan yang berhati mulia di luar sana,” kata Jaya.

Insiden tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat Jaya, ia memberikan insipirasi kepadanya untuk terus membantu insan yang memerlukan selagi dia terdaya.

Sewaktu dia sedang membesar, anak kelahiran Johor Bahru ini menyaksikan sendiri bagaimana ibunya bertungkus lumus seorang diri tanpa dibantu orang lain membesarkan anak-anaknya.

Jaya dan empat orang adik beradiknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, Manimekalai, yang bekerja keras mencari nafkhah setelah ditinggalkan suaminya ketika Jaya hanya berusia 3 tahun.

“Dia berusaha keras bekerja siang dan malam demi kebahagiaan kami. Dia tidak pernah berputus asa, walaupun tiada orang yang tampil membantunya.

“Nilai murni yang ada pada saya hari ini adalah daripada ibu saya kerana dia besarkan kami untuk berbuat baik kepada semua orang. Dia mengetahui betapa peritnya berjuang seorang diri setelah ditinggalkan insan yang dicintai begitu sahaja,” kata Jaya.

Ibunya mengajarnya untuk hidup berdikari dan kini, Jaya ingin mengikut jejak langkah adiknya untuk membantu insan lain yang memerlukan.

“Saya akan terus melakukannya demi adik saya. Dia memberikan inspirasi saya untuk melakukan amal kebajikan.

“Saya pernah terbaca banyak rencana dan berita tentang kegiatan amal yang dilakukan McDonald’s di luar negara, tetapi inilah kali pertama saya melihatnya sendiri. Terima kasih sekali lagi McDonald’s dan pengurus dan juruwang yang baik hati,” tambah Jaya.

Sumber:sinarhariani

Reply