Seekor Tupai Telah Mengetuk Tingkap Rumah Keluarga Ini Setiap Hari Selama 8 Tahun Dan Ini Sebabnya

Seekor tupai telah mengetuk tingkap rumah keluarga ini setiap hari selama 8 tahun dan ini sebabnya

Haiwan sememangnya mudah berinteraksi dengan manusia, termasuklah dengan haiwan liar yang jarang dibela dan dipelihara oleh manusia.

Ia juga boleh menzahirkan ‘sesuatu’ buat manusia. Sebagai contoh, tupai ini yang mempunyai ikatan dengan keluarga ini yang telah menyelamatkan nyawanya.

Pada tahun 2009, Brantly Harrison dan keluarganya telah menyelamatkan seekor tupai berusia 4 minggu daripada diserang oleh seekor burung hantu.

Teruk juga keadaan tupai berkenaan pada ketika itu, menyebabkan keluarga Brantly mengambil dan membawanya pulang ke Carolina Selatan dan menjaganya sehingga keadaannya pulih.

Tupai itu dinamakan Bella. Ia diberi makan buah-buahan dan kekacang bagi memberikannya nutrien sehinggalah ia sihat sepenuhnya dan dibebaskan ke habitat asal pada musim bunga tahun 2010.

Keluarga Brantly tidak menyangka bahawa mereka akan bertemu semula dengan Bella.

Ternyata Bella pulang semula ke rumah keluarga itu dengan kerap selama 8 tahun.

Ia akan menunggu di tingkap sehingga seseorang dalam keluarga itu perasan akan kehadirannya.

Ia sangat manja sehingga boleh mengikuti keluarga itu ke taman.

Bella telah menjadi sebahagian daripada keluarga berkenaan dan ia sangat suka menghabiskan masanya bersama keluarga Brantly.

Namun, pada suatu hari, Bella menunggu di depan pintu dengan kecederaan pada kakinya. Hal ini menyebabkan ia dijaga semula oleh keluarga itu dan ia diberikan antibiotik.

Apabila Bella sudah pulih dan bersedia untuk dilepaskan semula, keluarga itu membuat kejutan dengan membeli sangkar untuknya.

Bella telah melahirkan 3 ekor anak tupai yang comel. Pastinya keluarga Brantly sangat gembira kerana mereka juga seakan menerima bayi yang comel.

Bella mahu berkongsi perjalanan hidupnya bersama manusia yang sangat menyayanginya dan ia akan menjaga anaknya sehinggalah mereka bersedia untuk dibebaskan ke habitat asal mereka.

Sumber: happiest.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Reply